Jun 27, 2013

perhubungan

Assalamualaikum.

Setiap orang yang hadir dalam hidup aku, amat la aku hargai. Setiap perhubungan yang terjalin antara aku dan kalian tak pula aku menyesal. Persahabatan, kekeluargaan, percintaan semua la. Tak kira la sekejap ke lama ke perhubungan tu bertahan. Aku bersyukur. Ia proses pembelajaran. Mengenal dunia. Isi alam dunia.

Tipu kalau aku kata tak sakit bila kau tikam belakang aku, buat aku tertunggu-tunggu, serang aku di public dalam perhubungan itu. Dusta pula bila aku cakap aku okay diperlakukan begitu. Tapi aku tau, kau juga manusia biasa. Seperti aku. Mana tahan marah, terleka, punyai masalah sendiri.

Jadi, aku terima maaf mu sekiranya kau memintanya. Aku juga memohon maaf sekiranya aku juga kelakuan ku menyakitkan kau. Tapi satu je, ia tak bermakna aku lupa.

Oh ya. Kalau tak sudi menjalinkan apa2 hubungan dengan aku, sila cakap direct kat muka aku ni. Biar setepek kena. Takde la aku ternanti- nanti dan memperbodohkan diri sendiri. Aku ni degil. Tak Faham bahasa pun ye gak.

p/s: Aku pasti aku juga bukan orang yang sempurna dalam apa-apa perhubungan.

No comments:

Post a Comment