Apr 23, 2013

Sabar selagi boleh.

Assalamualaikum. Pagi!

Ntah mimpi apa semalam hari ni terasa nak mengomel sorang2 kat sini. Orang tak baca takpe janji hati da lega.

'Sabar tu separuh daripada iman'. Itu yang selalu dimonolog kan bila terasa nak marah or breakdown. Tapi, aku manusia biasa. Nak2 lagi kerana aku ni cucu Leman, darah baran tu mengalir dalam badan ni. heks, i love u atok. Terasa nak melenting tu ada, kadang-kadang. Ok itu tipu. heh 

Cuma nak cakap, jangan ingat kau sorang je betul kawan. Cuba belajar terima pendapat orang lain. Tak mati pun kau amik pendapat orang lain. Lagi satu, common sense la brader. Mana leh ikut kepala kau je. Sekali dua boleh la, ni memanjang nak dengar cakap kau parah la. 

Pentingkan diri sendiri tu macam ada kat setiap orang sejak azali mungkin. Kadang-kadang kita tak sedar pun kita telah melakukan perbuatan yang menunjukkan kita pentingkan diri sendiri. So, aku takde masalah dengan tu, sebab aku yakin aku pun ada terbuat benda tu tanpa aku sedar. Aku tau. Jadi aku minta maaf kalau korang terasa begitu. Again, aku manusia biasa. Nak jadikan cerita la, aku pernah terasa yang aku pentingkan diri aku sendiri. Rasa lain oo. Nak kata rasa bersalah pun ada gak. Tapi yang peliknya, bila korang buat kat aku, korang tak rasa bersalah ke? Ok takpe. aku faham. Faham sangat.

Satu benda lagi yang selalu menguji kesabaran aku ialah menunggu. Dulu aku memang tak suka betul menunggu orang ni. But after sedar yang aku pun selalu je buat orang tertunggu-tunggu, aku rilek lagi belajar tunggu orang. Aku belajar tunggu orang. Tapi tu la, aku tunggu selagi boleh, sabar selagi mampu. Sekali lagi, aku manusia biasa, kawan. Mana dan kau membebel tak suka tunggu orang tapi kau suka buat orang menunggu kau pulak.

Last. Aku pun sibuk. Aku pun banyak benda kena fikir. Tapi aku still cuba adakan spare time for you. Tapi kau je macam tak sudi. Perlukah aku bersabar dan terus bersabar? Takpe, aku faham kau sibuk. Takde masalah. Aku OK je. 

p/s : ni takde kena mengena dengan kejadian baru2 ni. Ni cerita lama saje nak buka balik. Bukan nak mengungkit tapi nak buang apa yang patut.

No comments:

Post a Comment