Feb 24, 2013

'Nak Jadi Apa Nanti??'

Assalamualaikum. Tak tau nak intro apa, jadi kita skip terus kepada kandungan la.

Bila nak amik UPSR :
Si Cikgu : Apa cita- cita kamu semua? Da besar kamu nak jadi apa?
Si aku : Saya nak jadi doktor, cikgu.

Biasa la. Masa tu budak-budak lagi. Baru kenal sekolah. Baru kenal sebahagian dunia. Skema lagi.

Bila nak amik PMR :
Si ibu : Kau ni bermesej-mesej je. Nak PMR da ni. Apa kau nak jadi nanti bila PMR lingkup?
Si aku : Ala ibu ni. Kat sekolah tadi da belajar da. Balik rumah, rehat la. Lagipun PMR je pun. *continue texting*

Masa tu da ada kemudahan. Sikit je pun. Hanya sebijik telefon bimbit yang baling kat dinding, dinding yang retak. Terus lupa cita-cita mulia nak jadi doktor dulu. Mungkin masa ni hormon tak stabil. Biasa la, budak baru nak naik kan? heh

Bila nak amik SPM :
Si ayah : Nak pergi mana lagi tu? Asyik keluar je kamu ni. SPM berapa bulan je lagi. Nanti nak jadi apa?
Si aku : Keluar jap la ayah. Nak release tension. Lambat lagi kot SPM tu.

Makin lupa bila  kebebasan pulak diberi. Darah muda mungkin. Sifat ingin tahu pada semua benda membuak-buak. Masih perlahan-lahan mengenal dunia.

Bila da habis Matrikulasi :
Si aku : Adohhhh.. Nak jadi apa ni? Nak amik medic, confirm confirm la tak lepas. Pilih je la mana-mana course/ universiti. Ada rezeki ada la tu.

Masa ni boleh kata terkena kejutan budaya mungkin. Maklum la, selama ni dalam radar keluarga lagi. Sekali dapat keluar dari radar tu, terasa dunia tu milik kita. Apa nak buat, buat je. 

Bila tahun akhir, sem akhir di universiti :
Si kawan : Apa la plan kau lepas ni? Kerja apa jela nanti?
Si aku : Sekarang ni aku berpotensi besar jadi penganggur berhutang PTPTN je. 

Itu je mampu aku jawab sekarang. Kerana itu yang pasti. Bila tiba masa bergelar graduan, dapat jugak gelaran pembayar hutang  yang ada. Tapi aku yakin rezeki ada di mana-mana. Insyaa Allah terbayar juga hutang yang ada. 

p/s : Satu lagi yang pasti, aku ni bakal jenazah juga. Bila je tak tau. :))

No comments:

Post a Comment