Feb 18, 2013
Blogger?
Bila fikir balik dulu masa buka akaun blog ni apa matlamat yang ingin digapai *kalau pakai capai kang ada yang terbaca capati plak*, aku pun tak pasti. Adakah kerana terikut dengan mereka yang lain? Atau kerana nak luah apa yang tak terluah? Atau pun nak cari perhatian sebab kurang kasih sayang?
Ok. Serius tak ingat. And just now I almost forgot my password to sign in my own blog. Perghhhh~ Tak senonoh. Nasib masih lagi guna password standard. Kalau tak memang sah-sah berkubur la seperti laman social yang aku ada sebelum ni.
Ternyata aku memang tak layak digelar blogger tegar. Rasanya sebab aku ada tabiat buat kerja tak habis. Dari budak-budak sampai la sekarang yang macam da layak jadi mak budak *ehem*. Kena ubah tabiat ni.
p/s : aku rasa perkara terlupa password bakal berlaku lagi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment