Mar 21, 2012

last entry bertarikh 18 september 2011??!!

kehkehkeh~~ what the d*ck!!

silap.. Assalamualaikum wbt.

watlek watpeace~ takde siapa kesah pun aku tak update blog ni ;) so chill jak.

cerita baru?? banyakkkkkkk~~ assignmentmidtermfypfieldtripcorevbadmintonkuizbowlingblablabla~
fuhhhh~ tapi taknak lah cerita benda yang tak penting tuh. HAHA! tapi nak cerita pasal :

TAJUK: 
bagaimana cara untuk menahan rasa menyampah dan marah yang berada pada tahap yang krtikal??

ABSTRAK: 
Saya hampir tidak dapat menahan rasa amarah di hati ini sejak dua menjak ini.. adakah hal ini kerana saya dibebankan dengan kerja yang banyak?? atau pun terlalu tertekan dengan persekitaran saya?? *hipotesis. haha~ kerana tidak dapat menahan marah di hati ini, minggu ni sahaja beberapa orang rakan saya menjauhkan diri mereka daripada saya. walaupun mereka tidak menunjuknya secara terang-terangan, namun saya terasa.. adakah ini juga kerana saya seorang yang sangat perasan?? o.O Beberapa cara ditemui untuk menghilangkan rasa marah sebelum ini iaitu dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, Allah swt dengan cara berzikir dan membaca al-Quran. kita juga digalakkan beristighfar dengan banyaknya ketika berada dalam keadaan marah.. ternyata perkara berikut membantu ;) Namun begitu selalunya kesejukkan saya itu hanya bertahan sebentar sahaja.. adakah kerana iman saya rapuh?? >.<'

Ya Tuhan, kuat kan lah iman ku, tingkatkan la tahap kesabaran ku dan jauhkan la ku daripada godaan syaitan~ AMIN. ^^,

dikesempatan ini, saya DELL bukan nama sebenar ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada rakan-rakan, sahabat handai dan kawan-kawan atas segala kesalahan, kekasaran, kekurang ajaran, kebiadaban dari segi perbuatan mahupun dalam bentuk kata-kata sama ada dalam keadaan sedar atau pun separuh sedar tak pun tak sedar langsung. saya hanya manusia yang lemah dengan godaan yang ada. memang tak memadai minta maaf di sini tapi sementara hati saya setenang laut di odec, ku dahulukan memohon kemaafan disini. saya akan cuba selalu muhasabah diri sendiri sebelum menunjukkan perasaan marah secara terang-terangan pada masa akan datang.

sekian terima kasih. ^^ skema dol~heee~

p/s : sebarang panggilan mahupun sms yang tidak dilayan sejak dua menjak ini adalah disebabkan telefon bimbit saya yang gila.tak pun saya yang da naik gila pada waktu itu. sekian.

No comments:

Post a Comment