Mar 25, 2012

Formspring. Twitter

Assalamualaikum.



Formspring : http://www.formspring.me/sayaDell
Sebenarnya guwa tak layan sangat formspring ni. Guwa gedik-gedik je nak buat gak. Konon nak test market. Tapi pasaran gelap gak guwa tercampak. hahah~ BTW feel free to ask anything. InsyaAllah, guwa jawab dengan sejujur-jujurnya. puih~hakhakhak *gelak kurang sopan

Twitter : https://twitter.com/#!/delldaud
Seperti biasa orang sibuk dok layan burung biru, guwa pun taknak la ketinggalan zaman.. guwa pun buat la satu account. Oleh kerana belum menang Anugerah Bintang Popular lagi, follower pon ciput je. guwa tak paksa ha bab-bab follow ni. Saje kasi link mana tau nak kenal guwa dengan lebih rapat ke. wahahaha~

p/s: actually, tarak idea nak hupdate ape. masih sakit kepala memikirkan game bowling tadi.. >.<'

futsal!

Assalamualaikum..

Pagi tadi guwa ada game futsal. Seperti biasa team guwa yang ada pemain yang hebat macam guwa ini confirm la kalah kan. HUAHUAHUA~ Tak hebat pun sebenarnya.. Ni main pun last minute. Training takde ape pun takde terus dapat text kata nya futsal pagi tadi. Kelam kabut siap. >.<'

Tapi game pagi tadi ok gak la. Tak banyak gol bolos. Keeper la ngam. Terbaring-baring member nak tangkap bola punya pasal. Team member lain tengok je. Tak larat nak defend da. hahah~ masih terbayang di ingatan ni. Mana taknya tadi 6 orang je kot team member. Takleh nak substitute sangat. Somput masing-masing ha. Tu yang tengok je keeper. Tak larat nak gerak da.. HAHA. Konklusinya team futsal kali ni best la. Hope next game boleh join lagi dengan team yang sama plus tambah orang lain.. tak larat makk~

Nak dijadikan cerita, tadi ada member guwa yang lain sekolah ada game futsal gak. Punya la dia mempunyai semangat kesukanan yang tinggi, sampai patah tangan member guwa tu ha. Dahsaaaatt~ Get well soon ye SYIQA~ ilapyuyunoe

p/s: takde gambar sebab guwa takde kamera mahal dan handphone mahal.

Mar 22, 2012

sebak hati ni.

Assalamualaikum.

called mak den tadi.. terluah la pulak apa yang terpekung di dada ni.. dia dengar je.. nasihat nya sama seperti biasa.. "kesian anak ibu ni.. tapi sabar jela ye.. kita tunggu dan lihat je. ibu pun tak tahu nak buat camne.. takpe ibu tau kau kan kuat.. "

dah start sebak.. da ada kolam da kat mata ni~ huuu~

aku tanya la pulak ibu macamana?? walaupun nak gak tipu dia kat sana ok je, tapi keluar gak la cerita.. termengadu juga la keadaan dia di sana..

sebab wa upgrade terus~

dear my lovely ibu, maaf la selalu sangat mengadu bukan-bukan kat ibu.. bila fikir balik, masalah yang ada ni pun apa la sangat.. besar taik gigi yo~ masalah ibu lagi berat, lagi banyak, lagi memeningkan kepala.. ya akan cuba jadi pendengar yang baik pada masa akan datang.. you can count on me yaa~ ILY ^,^

p/s: mari bangkit mencari kekuatan sambil mengukirkan senyuman.

Mar 21, 2012

last entry bertarikh 18 september 2011??!!

kehkehkeh~~ what the d*ck!!

silap.. Assalamualaikum wbt.

watlek watpeace~ takde siapa kesah pun aku tak update blog ni ;) so chill jak.

cerita baru?? banyakkkkkkk~~ assignmentmidtermfypfieldtripcorevbadmintonkuizbowlingblablabla~
fuhhhh~ tapi taknak lah cerita benda yang tak penting tuh. HAHA! tapi nak cerita pasal :

TAJUK: 
bagaimana cara untuk menahan rasa menyampah dan marah yang berada pada tahap yang krtikal??

ABSTRAK: 
Saya hampir tidak dapat menahan rasa amarah di hati ini sejak dua menjak ini.. adakah hal ini kerana saya dibebankan dengan kerja yang banyak?? atau pun terlalu tertekan dengan persekitaran saya?? *hipotesis. haha~ kerana tidak dapat menahan marah di hati ini, minggu ni sahaja beberapa orang rakan saya menjauhkan diri mereka daripada saya. walaupun mereka tidak menunjuknya secara terang-terangan, namun saya terasa.. adakah ini juga kerana saya seorang yang sangat perasan?? o.O Beberapa cara ditemui untuk menghilangkan rasa marah sebelum ini iaitu dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, Allah swt dengan cara berzikir dan membaca al-Quran. kita juga digalakkan beristighfar dengan banyaknya ketika berada dalam keadaan marah.. ternyata perkara berikut membantu ;) Namun begitu selalunya kesejukkan saya itu hanya bertahan sebentar sahaja.. adakah kerana iman saya rapuh?? >.<'

Ya Tuhan, kuat kan lah iman ku, tingkatkan la tahap kesabaran ku dan jauhkan la ku daripada godaan syaitan~ AMIN. ^^,

dikesempatan ini, saya DELL bukan nama sebenar ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada rakan-rakan, sahabat handai dan kawan-kawan atas segala kesalahan, kekasaran, kekurang ajaran, kebiadaban dari segi perbuatan mahupun dalam bentuk kata-kata sama ada dalam keadaan sedar atau pun separuh sedar tak pun tak sedar langsung. saya hanya manusia yang lemah dengan godaan yang ada. memang tak memadai minta maaf di sini tapi sementara hati saya setenang laut di odec, ku dahulukan memohon kemaafan disini. saya akan cuba selalu muhasabah diri sendiri sebelum menunjukkan perasaan marah secara terang-terangan pada masa akan datang.

sekian terima kasih. ^^ skema dol~heee~

p/s : sebarang panggilan mahupun sms yang tidak dilayan sejak dua menjak ini adalah disebabkan telefon bimbit saya yang gila.tak pun saya yang da naik gila pada waktu itu. sekian.