Aug 19, 2011

Sedetik lebih..

assalamualaikum.. woot woot~

sambil layan lagu SEDETIK LEBIH by abang Anuar Zain kita, sibuk lak nak hupdate.. sambil feeling2 ala-ala cam heroin Hikayat Merong Mahawangsa entah ape nama watak tu pun aku lupa.. dapat pelok2 Merong tuh.. wakakaka~ *hantuk pale kat meja*

*****************************************************

kawan-kawan sayerr~ *by kanak2 riang*

mereka adalah orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku.. Alhamdulillah la MASIH lagi hadir dalam hidup aku.. maksud wa masih berhubung ataupun simpan-dalam-sentuh..heheh.. petemuan kami berlaku di Kolej Matrikulasi Melaka.. tahulah kalian bahawa aku antara bekas pelajar KMM yang hebat.. mana taknya, semua MEKA aku pergi.. bangga bai~~ heheh

KAKA adalah seorang perempuan yang perasan hot.. ok la, dia memang hot pun.. sebab itu dia selalu sahaja bergusti dengan si AMOI yang tak leh blah dengan kehangatan beliau.. wakakaka.. AMOI pula seorang gadis yang ala-ala korean look sehinggakan ramai rakan-rakan yang lain tergila-gilakan beliau.. sehinggakan ada yang sanggup bergaduh di facebook.. nak je letak post pergaduhan tu di sini tapi takpe la demi menjaga keamanan sejagat.. heh~ SYISYI pulak adalah gadis yang konon-konon pemalu.. saje aku lukis dia pendek sikit dari yang lain sebab dia memang pendek sikit.. haha.. saje jugak aku tak lukis diri aku sendiri sebab suka hati aku laa.. hahaha..

saat mulanya kitorang rapat, aku pun tak pasti. nak buat camne tetiba je rapat.. haha.. yang pasti setiap hari mesti gaduh punya.. sehinggakan pada jam 1-2 pagi pon leh main terjah bilik dorang.. padahal blok masing-masing jauh ni.. nak pergi pon kena tempuh kawasan lolipop aka uncle Chong.. untung gak tak terserempak dengan makcik jual karipap.. haha~ tapi atas dasar persahabatan, terjah je bilik dorang.. =) yang paling suka cari gaduh tentunya KAKA dan SYISYI.. biasanya aku dengan AMOI steady je tak kacau dorang.. hakhakhakhak..

so, kehadapan KAKA, SYISYI dan AMOI bukan nama sebenar..

disini aku ingin meluahkan betapa rindunya aku pada korang serta detik-detik terakhir kita bersama di KMM.. especially malam kita kat BUKIT yang esoknya last paper for PSPM. even da kena halau dengan makcik guard pon, kita patah balik dan dengan selambek duduk situ lagi.. dengan alasan nak study bersama, kita duduk di situ bergurau senda, gelak ketawa,dan korek mengorek.. korek isi hati yaw.. jangan fikir benda yang bukan-bukan.. heheh..

masih terbayang saat AMOI menggigil kesejukan dengan angin malam tersebut.. masih terpancar wajah kerisauan SYISYI terhadap AMOI pada waktu itu.. siap kalau boleh nak tolong pelukkan AMOI masa tu.. hahahaha~~ aku juga masih teringat guraun-gurauan KAKA sambil membaca nota kimia.. dan tak bisa aku lupa juga saat AMOI menggomol menggusti KAKA.. @__@ bhahahahaha.. SYISYI,  masihkah kau ingat isi hati yang kau luahkan kat aku?? heh

Korang.. walaupun da lama tak jumpe, harap korang tak lupakan aku la yer.. yela siapa la aku kan??
KAKA, aku bukan menghilang cume korang selalu komen-mengomen bukan pada waktu aku mengomen.. haishhh~ lucah pulak bunyinya.. haha.. ada masa kita skype oke??
SYISYI, aku pon sayang kau sampai bila-bila..dan ada gak event yang akan aku ingat sampai bila-bila.. hohohoho~
AMOI, rakan seperjuangan ku.. mana kau?? susah gila nak contact kau ha.. da kawen ko?? aku sangat &$^#* kan kau weii~
harap kita leh tetap 1 tarikh untuk hang out sama-sama pada masa akan datang..

p/s ; SAYANG KORANG LA KAWAN!!! *jeritan ikhlas dari hati* heh~

No comments:

Post a Comment