May 29, 2011

surau terminal one.

acik bertudung hijau berkata dengan slow nya, " mana barang2 kau??"
aku terpandang acik tu.
mata bertemu mata.
eye to eye.
dari mata turun ke hati.. haha~ takde maknanya.. acik tu tak hot.. lalala
sekali dia cakap dengan agak kuatnya, " jaga baik2 barang2 kang hilang".
pastu pandang aku balik..
apakah?? !!!!
adakah dia sedang menuduh aku dengan pandangan yang mencurigakan itu??
bikin panas~~
muka aku macam muka orang yang suka songlap barang orang lain ke??
makcik oiiii~
duit mak saya pon saya tak pernah songlap oke..
saya mintak sampai golek2 je.
huh..


tapi seriously la.
kasut aku pon pernah kena songlap kat SURAU TERMINAL ONE tu.
elok2 je keluar rumah pakai kasut lawa.
balik , haram~~
so, berjaga2 la kawan.


p/s: penat woo cari kerja.. =.='

May 28, 2011

malam sabtu

ohhh~

maknanya semalam malam jumaat la.

malam yang sunat untuk ehem ehem.

lalala~

eh salah.

malam yang banyak cerita macam keliwon tayang kat tv.

patut la dengar macam2 semalam.

apa yang aku dengar?

toksah cerita lain.

ingat pon tak mau.

domam nanti~

apa lagi hari ni tidur awal la..

takut bertuah nampak macam2 pulak.

heh.

zzZzzZ~

May 27, 2011

berat!

okeh~  

sekarang tengah masuk air.

aku dah berat.

salah.

aku da BERTAMBAH berat.

huh.

ni la masalahnya bila aku dok rumah.

jadi panda je.

makan dan tidur jak kerja aku.

nak cari kerja tak cari2 lagi.

masalah betul.

ni la aku.

suka ikutkan hati je.

hailaa~


p/s: berat adalah isu sensitif buat masa ni~ =.='

May 25, 2011

Q1 : Banyak soalan..


Soalan ini disediakan oleh  belon air ^__^



hahaha~ aku mintak dua je kau bagi lebih plak.. tapi takpe aku yang mintak pon kan? So ni la skema jawapan aku tuk soalan2 kau.


1.       Kau paling tak suka bila aku….
          kenakan aku time april fool dulu.. huh =.=”

2.      Kau sangat tak suka bila orang…
   kacau aku tidur.. hahaha

3.       Kau paling suka hadiah ape??
           erk??Kau nak bagi aku hadiah ke??? Moto sebijik please~~ ^^

4.       Orang lelaki sangat loser bila…
Sibuk bercerita pasal kehebatan diri sini.. erti kata lain bajet market hot.. jaja2 cerita hebat dia kat orang lain.. orang lain bernanah telinga woo dgr .. kalau anda hot, tak yah jaja pon org pandang.. =.=”

5.       Percaya karma tak??
Kurma sedap.. bagus untuk otak.. hahaha.. tak tau la.. tapi kalau kita buat baik, mesti dibalas baik kan?? Kalau sebaliknya yang kau dapat, dugaan tu. Lagi pun hidup kita macam roda la deng.. tak semestinya kita duduk atas je.. ye tak??
 
6.       Kalau kau nak belajar masak, first masakan kau nak belajar adalah...
Asam pedas.. tak pon sambal ayam resepi omak den.. heheh


p/s : takde keje ;)

May 23, 2011

kata-kata yang tak terkata.

banyak benda atau ayat yang aku nak luah kan..tapi tak terluah plak. kenapa?? sebab nak jaga hati orang lain. tak pon takut disalah erti pula. lagi pun siapa pulak yang nak peduli nak dengar apa yang aku katakan? so, tak payah dengar, baca je itupun kalau ada yang baca XD

1. rahsia patut kekal sebagai rahsia..

2. ok. dia bukan seperti apa yang aku bayangkan.

3. perasaan orang lain bukan barang permainan ok. takde maknanya mainkan perasaan orang lain dengan alasan nak orang itu berubah atau seumpamanya.. its BULLSHIT!!

4. jangan biasakan sesuatu yang korang tak biasa. takut nanti SESUATU tu buat korang binasa.

5. buat baik salah. buat jahat lagi la orang menyampah. habis nak suruh aku buat apa pulak??

6. jadi diri sendiri ke jadi orang lain?

7. tau tak aku penat berlakon watak yang sama je??

8. tak semestinya aku cakap kau hot atau buat baik kat kau, aku suka kau ler~ hadoi..

9. anda! aku da lama suka anda.. sejak kita rapat dulu.. tapi sekarang aku rasa kekal sebagai kawan lebih baik ;) 

10. tak semua benda yang aku bagi tahu tu betul, tak semua juga tipu.. tapi kenapa korang cepat percaya benda yang tipu je??



p/s : aku mula fikir apa la motif aku dulu bila start berblog ni.. huhu

May 4, 2011

Senyap la Bodo!!!!!

haila~ aku mampu cakap+jerit dalam hati je.. 
tau la korang nak diskus2 untuk exam ni.. 
slow2 tak boleh ke? 
apa library ni bapak korang yang punya?? 
haishhh~~ 
grrr~~

p/s : niat study tu ada ok la kan??

May 2, 2011

PATRICK cakap.....


cerita kartun sponge kuning yang memakai seluar ni aku layan tau.. even da tua2 bangka ni aku relax je layan.. ehem~~ best wook~~ siapa layan angkat kaki... heh kalau la korang pon layan, confirm2 la kenal PATRICK si tapak sulaiman ni kan?? comel la dia.. cam bodo2 sikit karakter dia.. haha~




ailoike okeh~~
comel kan?? huahuahua~ ada satu episode ni si Patrick ni ada cakap "Kebijakkan tak boleh digantikan dengan persahabatan". aku terfikir la, betul ke?? zaman sekarang ada ke yang fikir camtu.. okeh, aku tau ni cerita kartun je tapi ada tak orang yang camtu?? lupakan segala kemewahan+kebijakkan+kesenangan demi kawan?? kalau anda ada ciri2 tersebut, jom kawen kawan.. ^^

ada ke yang nak jadi PATRICK aku kalau aku si sponge kuning?? huhuh~

lagi satu movie yang aku  kagum pasal tema persahabatan ni ialah 3 IDIOT... cerita hindustan ni.. ehh aku layan tau.. haha~ watak2 nya ialah RAJU, FARHAN and RANCHOS.. ce try tengok then renungkan, ada tak  kawan yang macam tu?? especially macam Ranchos.. susah senang bersama-sama.. ke korang lari dulu macam Raju bila kena gertak masa pertengahan cerita.. ahaha~ yang tak tengok lagi poey la tengok..

HAMPIR nanges weh tengok cerita ni.. ehem~
kalau cerita korea pulak, aku paling ingat drama Boys Over Flower je yang ada gak la tema persahabatan.. yang F4 tu.. tengok dorang bukan time enjoy je together.. kalau ada masalah, dorang back up each other, nasihat lagi, tolong selesaikan lagi.. senang citer susah senang bersama la.. haila~ da la kacak2.. grrrr~

the F4
yang kanan sekali tu saya punya ye ^^
 
so, siapa yang sudi jadi MY PATRICK, MY IDIOTS or MY F4?? ada tak?? heheh~  ^^ mana tau aku baik nak bagi hadiah misteri.. lalalala~

credit to : pak cik google ;)


p/s : masih exam week ye.. huhuh =.="